Buletin AROBA

 

  1. AROBA will subsidize some of the expenses in addition to the minimal fee of RM20.00/family for the Hari Raya event. Still, AROBA welcomes any member or company to sponsor this Hari Raya event partially. We need RM2000.00 more.

    AROBA akan mengadakan Majlis Hari Raya 'AidilFitri pada 26 Oktober 2008, 2-5 petang, di sekolah Ampang. Semua bekas pelajar, tanpa mengira latarbelakang dijemput hadir bersama keluarga.Yuran minima  untuk menjayakan Majlis ini ialah RM20 satu keluarga.

    AROBA mengalu-alukan jika ada pihak yang sudi membiayai untuk (1) kerusi-meja RM200 (2) PA System RM200. Banner dan Backdrop kini ditaja oleh bekas pelajar dari INR - Inovasi Network Resources. Sehigga malam tadi 18 Okt 2008, mesyuarat AJK AROBA mencatkan tidak kurang dari 8 syarikat kecil (dari kalangan ahli AROBA) bersedia memberi sumbangan untuk menjaya Majlis Hari Raya kali ini. (Terima kasih) .  Syarikat anda bila lagi?

    AROBA juga mengharapkan bekas pelajar Ampang yang menjadi ahli AROBA dapat memaklumkan kepada kawan-kawan lain mengenai kedua-dua majlis ini dan menjemput mereka untuk turut sama. Semoga persahabatan lama dapat dihidupkan semula dan yang jauh didekatkan, yang dekat diserasikan, lantas nostalgia lama akan terus dihargai dan kekal dalam kenangan

     

  2. 23 Ogos 2008. Perjumpaan ramah mesra dan dialog terbuka AROBA kali ke 3. Di kediaman-kedai Sdr Shaharudin, No. 53 Jalan Mahadi off Jalan Raja Abdullah, Kg. Baru (berhadapan sedikit dengan Klink Bandaraya Kg. Baru; klik untuk peta) pada hari Sabtu 23 Ogos 2008,  8-10 malam. Jamuan makan ditanggung oleh AROBA. Semua ahli AROBA dijemput hadir. Antara perbincangan kita kali ini ialah Majlis Berbuka Puasa, Majlis Hari Raya, dan Bowling Tournament.  Anda juga boleh memberikan cadangan tarikh, tempat, dan bentuk ketiga-tiga program yang akan dibincangkan. Kepada ahli AROBA yang berminat untuk menabur jasa dan memberi khidmat bakti sebagai ahli Jawatankuasa Pelaksana bagi menjayakan mana-mana program AROBA adalah dihargai.

    Pada sesi dialog  pertama di Bukit Antarabangsa, hanya 32 bekas pelajar telah hadir. Manakala, di sesi kedua di Kg. Baru, seramai 52 orang telah hadir. Kita harapkan kehadiran minima 50 orang dapat dikekalkan!

     

  3. Golf Tournament untuk ahli AROBA. 27 Julai 2008 Ahad. Mulai 1.30tgh. Nilai Spring. Yuran RM180.00. Kepada yang ingin bersama dengan kawan-kawan lama AROBA tetapi tidak bermain golf hanya perlu membayar yuran RM50.00. 

  Berita mengenai Golf Tournament yang diadakan di Nilai Spring pada 27 Julai 2008. Sekitar 55 orang bekas pelajar sekolah Ampang telah turut sama.  Kehadiran adalah di luar dugaan berbanding dengan Golf Tournament pada tahun 2007. Hadiah-hadiah yang diberikan adalah sumbangan dari bekas pelajar juga iaitu:
  • Dato' Suhaimi Mohd Zain, Pak Ngah Production
  • Samsuddin Salleh, Anggerik Angsana
  • Syeikh Nasir Sheikh Hassan, Tilam Sutera
  • Dato' Adi Munawar, Pembinaan Jaya Zira
  • Ibrahim Alias, Bohemia Galerry & TNN Tableware
  • Zulkifli Mohamad, Unilever Bhd
  • Mohd Razak Hassan, SBJ
  • Armin Abd Aziz, INR - Inovasi Network Resources,  Paintball Event Management, MySMS Network
  • Rusdi Ratham, Anjung Auto Maintenance,  Patimah & Anak-Anak dan ZNN Agency

Terima kasih di atas sokongan anda semua.  Johan Golf Tournament 2008 ialah Raja Abd Razak, dan Naib johan ialah Ridwan Abd Rahim. TAHNIAH!

 

Perjumpaan ramah mesra dan dialog terbuka AROBA kali ke 2. Di kediaman-kedai Sdr Shaharudin, No. 53 Jalan Mahadi off Jalan Raja Abdullah, Kg. Baru (berhadapan sedikit dengan Klink Bandaraya Kg. Baru) pada hari Sabtu 14 Jun 2008,  8-10 malam. Tiada sebarang bayaran. Semua ahli AROBA dijemput hadir.

Dialog Terbuka Bersama AROBA. 3 Mei 2008; 2.30-5.30ptg. Tempat: Kelab UK, Bukit Antarabangsa. Susulan dari Mesyuarat Agong AROBA 2008, semua ahli AROBA dijemput hadir untuk berdialog bersama AJK AROBA untuk membincangkan pelbagai perkara termasuk aktiviti AROBA, sumbangan AROBA kepada sekolah, jaringan perniagaan ahli AROBA, dan kerelevanan AROBA hari ini. Sila (1) sahkan kehadiran anda sebelum 30 April 2008 agar urusetia dapat menyediakan makanan/minuman ringan dengan menghantar maklumat kepada samsudin_rahmatmian@yahoo.com.my atau SMS 019-387-6783 (Rosdi) atau 012-335-5314 (Hj Khairudin); (2) bawa bersama sekeping gambar potrait untuk kad ahli (3) pakaian kemas (casual). Pendaftaran percuma. Peta Kelab UK

GHAZALI BIN MOHD TAN, bekas pelajar  Ampang 1989-1994, telah meninggal dunia  jam 930 mlm Rabu 16 April 2008 di IJN . Jenazah akan disemadikan di Seremban pada 17 April 2008. Kelas terakhir di sekolah ialah 5 Sains. (maklumat dari masruhaizan@yahoo.com (Khamis 2ptg 17/4/08 dalam e-forum EXSSA@yahoogroups.com). Al-fatihah.

Mesyuarat Agong Tahunan AROBA, telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Menengah Seri Ampang pada 30 Mac 2008. Seramai 93 ahli telah hadir. Bilangan ahli yang hadir tidak jauh beza dengan kehadiran dalam Mesyuarat Agong sebelumnya tetapi kelihatan ramai bekas pelajar yang muncul dan mendaftar sebagai ahli baru AROBA.  Tahniah! Kali ini 38 ahli baru telah mendaftar sebagai ahli AROBA! Manakala di  kalangan ahli lama pula, terdapat fenomena on & off di mana ada ahli yang tidak sempat hadir pada yang mesyuarat yang lalu telah hadir kali ini; dan terdapat juga ahli yang pernah hadir pada mesyuarat lalu tidak muncul kali ini. Mungkin masing-masing ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Apapun, AROBA mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang hadir dan menjayakan mesyuarat kali ini. Apa yang menarik kali ini, Ustaz Shariff, Mr. Low, Mr. Peter Nunis (nama Islamnya Mohd Yunus) dan Pengerusi PIBG telah turut hadir. Ustaz Shariff telah diberi penghormatan untuk merasmikan Mesyuarat AROBA 2008. Mr. Low and Mr. Peter Nunis juga diberi peluang untuk berucap; mereka kelihatan ceria , terharu tetapi  bersemangat semasa menyampaikan ucapan disulami dengan kisah nostalgia masa lampau. Ketika menikmati jamuan ringan di kantin sekolah, kelihatan senyuman dan gelak ketawa serta keharuan di kalangan ahli yang bertukar berita dan bertanya kabar mengenai diri masing-masing dan rakan-rakan yang lain. Pertemuan yang mencungkil semula nostalgia lama ini terlalu mahal harganya. Inilah antara ruang yang AROBA sediakan. Akan ada lagi sesi lain yang menemukan rakan-rakan AROBA nanti. Mesyuarat Agong 2008 juga telah memilih Prof. Madya Dr. Supyan Hussin sebagai penerima Anugerah Cemerlang Bekas Pelajar untuk kategori Akademik. Pada tahun 2007, Mesyuarat Agong AROBA telah memberi Anugerah Cemerlang Bekas Pelajar kepada Pak Ngah untuk kategori penggiat seni.

Pertandingan Golf 2007