Liku-Liku Kejayaan

AROBA menjemput bekas pelajar untuk menulis kisah Liku-Liku Kejayaan yang mereka tempuhi dalam kehidupan bermula dari Seri Ampang hinggalah ke tahap hari ini. Kejayaan ini tidak semestinya dalam bidang akademik tetapi merangkumi pelbagai bidang seperti sukan, perniagaan, pembangunan keluarga, kerjaya dan sebagainya. Tujuan pemaparan kisah Liku-Liku Kejayaan ini ialah untuk menjadi perangsang dan pedoman kepada generasi baru di Seri Ampang khususnya dan kepada masyarakat umumnya. Adalah diharapkan penulisan ini akan dibukukan dan buku ini akan dijual untuk mengutip derma bagi menyumbang kepada dana pendidikan AROBA agar dapat membantu pelajar-pelajar miskin dan yang memerlukan di Seri Ampang. Semoga penulisan anda akan menjadi amal jariah yang diberkati Tuhan.

Untuk merealisasikan penulisan ini, disertakan di bawah panduan untuk anda menulis kisah Liku-Liku Kejayaan anda. Tulisan anda boleh dihantar terus kepada Webmaster. Suntingan ke atas artikel anda akan dibuat jika perlu sebelum ia dipaparkan dalam laman ini.

Nama  
Gambar terbaru Sila e-mail foto potrait anda dan 3-5 keping foto-foto kejayaan
Semasa di Seri Ampang Tahun masuk, tahun keluar, penglibatan dalam ko-kurikulum, jawatan, kejayaan, pengalaman manis, pengalaman pahit, nostalgia guru-guru, sumbangan sekolah kepada anda dari sudut pemikiran, emosi, sahsiah, dan nostalgia lain (500-1000 perkataan)
Selepas meninggalkan Seri Ampang Persepsi terhadap sekolah secara umum, ke mana anda pergi, sejauh mana zaman persekolah di Seri Ampang menyumbang dalam diri dan kehidupan anda seterusnya. Apa berlaku selepas 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun kemudiannya sehingga anda berada di tahap ini  (500-1000 perkataan)
Kini Jawatan, tugas, organisasi, pengalaman kerja, kejayaan, (100 perkataan)
Nasihat kepada pelajar Apakah nasihat dan panduan yang anda boleh berikan. Harapan anda kepada pelajar hari ini.  (200 perkataan)

Jumlah muka surat: 2 muka, selang sebaris, saiz fon 11.

Senarai Bekas Pelajar yang menyumbang kepada Liku-Liku Perjuangan

1.

2.

3.

Semoga artikel anda dalam Liku-Liku Kejayaan ini akan memberi persepsi baru terhadap pelajar Ampang dan sekolah ini.