PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR
AMPANG, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.
FASAL 1: NAMA
(1) Pertubuhan ini
dikenal dengan nama PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH SERI AMPANG, KUALA
LUMPUR DAN SELANGOR selepas ini disebut “Pertubuhan”.
FASAL 2: TEMPAT URUSAN
(2) Alamat dan tempat
urusan Pertubuhan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Batu 3,
Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur atau di tempat lain atau tempat-tempat
yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa, dan alamat
untuk surat menyurat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Batu
3, Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.
Tempat urusan
berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa
kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3: LOGO, WARNA & COGANKATA
(a) Reka bentuk logo
yang dihasilkan secara keseluruhannya menvisualkan satu pergerakan dari
pelbagai arah yang sering bergabung serta terus bergerak melintasi satu
halangan dalam mencapai kecemerlangan yang global.
(b) Penampilan warna
merah mencerminkan keberanian, kegigihan, kematangan, kebanggaan dan aktif
serta inovatif dari aspek patriotisme dan perlembagaan.
Warna kuning
mencerminkan kelembutan dan tidak pernah lupa pada adat resam dan kebudayaan
bangsa yang berbilang kaum, disiplin, kecemerlangan, dan kemuliaan yang
menyentuh aspek-aspek keceriaan serta jati diri.
Warna biru tua
merealisasikan kekukuhan, keharmonian, perpaduan, keutuhan, dinamik dan satu
hati menyambut cabaran di era milenium dalam aspek tanggungjawab serta
dedikasi.
Ketiga-tiga warna ini
juga melambangkan tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India.
(c) Cogankata bagi
Pertubuhan ini ialah JUJUR – IKHLAS – BERWAWASAN.
FASAL 4: TUJUAN /
MATLAMAT
Pertubuhan ini
ditubuhkan bertujuan untuk:
(a) Mengumpulkan bekas
pelajar-pelajar Ampang Road Boys School (ARBS) Sekolah Seri Ampang (SSA)
dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang (SMKSA), Kuala Lumpur dan
Selangor;
(b) Mengeratkan
silaturrahim dikalangan bekas pelajar-pelajar ARBS, SSA dan SMKSA;
(c) Mewujudkan tabung
kebajikan untuk membantu ahli-ahli;
(d) Menjalankan
aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada Pertubuhan, SMK Seri Ampang,
bekas pelajar-pelajar dan/atau pelajar-pelajar SMK Seri Ampang dalam bidang
promosi sukan, kebudayaan, kebajikan, rekreasi dan sosial;
(d) Memiliki harta (boleh
alih atau tidak boleh alih) untuk mencapai dan / atau merealisasikan
tujuan-tujuan diatas; mengutip derma /
sumbangan untuk tujuan-tujuan diatas dan / atau tujuan-tujuan lain yang
berkaitan dari semasa ke semasa dengan syarat kutipan derma daripada orang
awam hendaklah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 5: DERMA DAN SUMBANGAN
(1) Semua derma atau
sumbangan yang di terima oleh Jawatankuasa hendaklah di akui penerimaannya
oleh Bendahari Kehormat dengan mengadakan resit rasmi Pertubuhan dengan
bernombor siri kepada penderma-penderma / penyumbang-penyumbang dan salinan
resit rasmi tersebut hendaklah di tandatangani oleh Yang di Pertua sebelum
direkodkan ke dalam buku Daftar Derma / Sumbangan.
(2) Jawatankuasa berhak
untuk menerima, menolak dan / atau menerima dengan syarat derma/sumbangan
bagi pihak Pertubuhan melainkan ianya dibenarkan secara bertulis oleh
Setiausaha Kehormat atau Bendahari Kehormat.
(3) Semua ahli dan
pekerja-pekerja Pertubuhan tidak dibenarkan mengutip derma/sumbangan bagi
pihak Pertubuhan melainkan ianya dibenarkan secara bertulis oleh Setiausaha
Kehormat atau Bendahari Kehormat.
FASAL 6: KEAHLIAN
(1) Sesiapa yang pernah
belajar di Ampang Road Boys School (ARBS), Sekolah Seri Ampang (SSA) dan /atau
SMK Seri Ampang dan tidak belajarlagi dimana-mana institusi pengajian tinggi,
tinggal atau bekerja di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya layak untuk
menjadi ahli Pertubuhan ini.
(2) Tiap-tiap permohonan
menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat yang dikehendaki
mengemukakan permohonan tersebut dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa
untuk pertimbangan dan kelulusan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya
menolak sebarang permohonan jika diketahui atau disyaki permohonan tersebut
dicurigai latar belakangnya. Pemohon boleh merayu kepada jawatankuasa
sekiranya permohonan ditolak. Walau bagaimanapun Jawatankuasa berhak menolak
dan keputusan yang dibuat adalah muktamad.
(3) Tiap-tiap pemohon
yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah
setelah membayar bayaran masuk yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan
diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli Pertubuhan
ini.
FASAL 7: BAYARAN
MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
(1) Bayaran masuk dan
yuran Pertubuhan adalah seperti berikut:
(2) Bayaran Masuk RM
10.00 (Ringgit Malayisa Sepuluh Sahaja);
(3) Yuran Bulanan RM 2.00
(Ringgit Malaysia Dua Sahaja);
(c ) Yuran Ahli
Seumur Hidup adalah RM 500-00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja).
(2) Yuran bulanan
hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Kehormat terlebih dahulu dalam tempoh
8 hari dari awal tiap-tiap bulan dan ahli juga dibenarkan membayar jumlah
penuh kepada Bendahari Kehormat Yuran bulanan sebanyak 12 bulan
berturut-turut.
(3) Ahli yang membiarkan
hutang yurannya lebih daripada dua (2) bulan akan menerima surat peringatan
yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha Kehormat, dan hilanglah
hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga semua hutangnya yang
tertunggak telah dijelaskan.
(4) Ahli yang membiarkan
hutangnya yang tertunggak sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi dua belas
(12) bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan
Jawatankuasa boleh memerintah supaya tindakan yang sah diambil terhadap ahli
tersebt dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima
kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
(5) Jawatankuasa yang
mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah
membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang Yuran Bulanan tertunggak
melebihi enam (6) kali.
(6) Yuran khas atau
kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara tertentu boleh dipungut dengan
persetujuan Jawatankuasa di dalan satu Mesyuarat Agung Khas ahli-ahli.
Sekiranya ada ahli yang gagal membayar yuran tersebut dalam tempoh yang
telah ditetapkan. Maka tindakan yang sama seperti didalam perkara (4) dan
(5) diatas akan dikenakan ke atas mereka.
FASAL 8:
PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
(1) Ahli yang hendak
berhenti daripada menjadi ahli pertubuhan, hendaklah memberi kenyataan
bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Kehormat dan
menjelaskan segala hutangnya.
(2) Mana-mana ahli yang
gagal mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan
mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya
bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.
Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan
keahliannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang
untuk memberi penjelasan dan membela dirinya secara lisan atau bertulis.
Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat
Agung Khas menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli
tersebut.
FASAL 9: MESYUARAT
AGUNG
(1) Pengelolaan
Pertubuhan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya
satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi ATAU dua(2)kali
ganda jumlah Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di
dalam Mesyuarat Agung mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum
untuk mesuarat.
(2) Jika korum tidak
mencukupi sekurang-kurangnya selepas setengah (1/2) jam daripada watu yang
telah ditetapkan untuk mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu
tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa;
dan jika korum tidak cukup selepas setengah (1/2) jam daripada waktu yang
telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah
ahli-ahli yang hadir menjalakan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda
Perlembagaan Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan
semua ahli.
(3) Mesyuarat Agung
Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah
berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Mac tiap-tiap
tahun pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah:
(a) menerima laporan
Jawatankuasa berkenaan perjalanan Pertubuhan di dalam tahun lalu;
(b) menerima laporan
Bendahari Kehormat dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahuh lalu;
(c) memilih ahli-ahli
Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira untuk tahun yang akan dating; dan
(d) menguruskan
perkara-perkara lain yang dibentang di dalam mesyuarat itu.
(4) Setiausaha Kehormat
hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli selewat-lewatnya Lapan (8) hari
sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu (1) agenda mesyuarat termasuk
salinan peringatan mesyuarat dan laoran serta penyata kira-kira Pertubuhan
bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat inu juga hendaklah
dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
(5) Mesyuarat Agung Khas
bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
(a) bila difikirakan
perlu dan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
(b) atas permintaan
beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari
jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab
mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat
Pertubuhan.
(6) Mesyuarat Agung Khas
yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam
tempoh satu (1) bulan dari tarikh permintaan mesyuarat itu.
(7) Pengumuman dan agenda
untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah deiedarkan oleh Setiausaha Kehormat
kepada semua ahli selewat-lewatnya 14 hari sbelum tarikh yang telah
ditetapkan untuk bermesyuarat.
(8) Fasal 9 (1) dan 9 (2)
di dalam Perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung
Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat
jika korum tidak mencukupi selepas setengah (1/2) jam dari waktu yang telah
ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka
Mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam (6) bulan dari
tarik ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang
sama tidaklah boleh diadakan.
(9) Setiausaha Kehormat
hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan
tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa
segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 10:
JAWATANKUASA
(1) Satu Jawatankuasa
seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan:
(a) Seorang (1) Yang
Dipertua;
(b) Seorang (1) Naib Yang
Dipertua;
(c) Seorang (1)
Setiausaha Kehormat;
(d) Seorang (1) Penolong
Setiausaha Kehormat;
(e) Seorang (1) Bendahari
Kehormat;
(f) Seorang (1) Penolong
Bendahari Kehormat; dan
(g) Sepuluh (10) orang
Ahli Jawatankuasa Biasa.
(2) Pemegang-pemegang
jawatan pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas
eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
(3) Nama-nama untuk
jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan
akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung
Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.
(4) Fungsi Jawatankuasa
ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat
keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan pertubuhan mengikut dasar
am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya
tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan
Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan
Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhikeputusan Mesyuarat Agung.
Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam
tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
(5) Jawatankuasa
hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam Tiga (3) bulan.
Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli
Tujuh (7) hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak
kurang daripada empat (4) orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh
memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa.
Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa
hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
(6) Jika timbul perkara
mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat
Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Kehormat bolehlah
mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah
disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah
diterima.
(a) Masalah yang
dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat
pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
(b) Sekurang-kurangnya
setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan
persetujua atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
(c) Keputusan hendaklah
dengan undi yang terbanyak.
Sebarang keputusan
yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha
Kehormat kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan
dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
(7) Ahli Jawatankuasa
yang gagal menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga (3) kali berturut-turut
tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan
di dalam Jawatankuasa.
(8) Jika seorang ahli
Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua
mendapat undian terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil
untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau
menolak jawatn itu maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain
memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
(9) Jawatankuasa boleh
memberi arahan kepada Setiausaha Kehormat dan pegawai-pegawai lain untuk
menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang
difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan
sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang,
tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana
sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
(10) Jawatankuasa boleh
menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan
kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
FASAL 11:
KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
(1) Yang Dipertua, dalam
tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat
Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua
mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani
peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani
semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Bendahari Kehormat dan / atau
Setiausaha Kehormat.
(2) Naib YanG Dipertua
hendaklah memangku jawatn Yang Dipertua semasa ketiadannya dan dalam tempoh
masa tersebut Naib Yang Dipertua dianggap seperti yang Dipertua dan segala
hak kuasa adalah sama.
(3) Setiausaha Kehormat
hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Petubuhan menikut Perlembagaan dan
hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia
bertangungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku,
surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan, Setiausaha Kehormat
hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti
nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan
alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam
semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani
semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Bendahari
Kehormat. Setiausaha Kehormat hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan
kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14
(1), Akta Pertubuhan, 1966.
(4) Penolong Setiausaha
hendaklah menolong Setiausaha Kehormat menjalankan kerja-kerjanya dan
memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Kehormat.
(5) Bendahari Kehormat
adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia
hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua
cek Pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan / atau Setiausaha
Keshormat.
(6) Penolong Bendahari
hendaklah menolong Bendahari Kehormat menjalankan kerja-kerjanya dan
memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari Kehormat.
(7) Ahli Jawatankuasa
biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan
olehya.
FASAL 12: BUKU
DAFTAR
Jawatankuasa
Pertubuhan hendaklah sentiasa menyedia dan menyimpan dan mengemaskini
buku-buku daftar seperti berikut:-
(a) buku minit-minit
Mesyuarat;
(b) buku Daftar Keahlian;
(c) buku Daftar Harta (boleh
alih dan tidak boleh alih);
(d) buku Daftar Pemiutang;
(e) buku Daftar Derma /
Sumbangan;
(f) buku Daftar Pelawat;
(g) buku Tunai, Ledger,
Jurnal dan apa-apa buku yang berkaitan menyimpan rekod-rekod perakaunan dan
transaksi kewangan Pertubuhan.
FASAL 13: KEWANGAN
(1) Tertakluk kepada
peruntukan-peruntukan berikut dalam Perlembagaan ini wang Pertubuhan ini
boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan
Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, pembiayaan dan
perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah
memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun wang itu tidaklah boleh digunakan
untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
(2) Bendahari
Kehormat dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 300-00 (Ringgit
Malaysia Tiga Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh
Jawatankuasa. Akaun bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.
(3) Segala cek atau
kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani
bersama oleh Yang Dipertua, Bendahari Kehormat dan Setiausaha Kehormat.
(4) Perbelanjaan yang
lebih daripada RM 5,000-00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi
sesuatu masa tidak boleh dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh
Jawatankuasa. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 5000-00 (Ringgit
Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Yang
Dipertua bersama Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.
(5) Penyata darihal wang
yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah
disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira
yang dilantik di bawah Fasal 14 Perlembagaan ini dengan seberapa segera
setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu
hendaklah dikemukan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang
berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat
urusan Pertubuhan.
(6) Tahun kewangan
Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember
tiap-tiap tahun.
FASAL 14:
PEMERIKSA KIRA-KIRA
(1) Dua orang yang
bukannya ahli Jawatankuasa atau mana-mana pegawai Pertubuhan boleh dilantik
di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira. Mereka akan
memegang jawatan tersebut selama satu (1) tahun da boleh dilantik semula.
(2) Pemeriksa kira-kira
adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat
laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga
dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua mengaudit kira-kira
Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan
membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 15: PEMEGANG
AMANAH
(1) Tiga (3) orang
Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di
dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki
oleh Pertubuhan. Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan diamanahkan
kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Ikatan Amanah (Deed of
Trust).
(2) Pemegang Amanah tidak
boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaa
pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh
Mesyuarat Agung Pertubuhan.
(3) Seseorang Pemegang
Amanah tu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung di atas
sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau
kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya
atau pekerjaannya degan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan
atau pemecatan bagi seseorang Pemegang Amanah maka kekosongan itu bolehlah
dipenuhkan oleh Pemegang Amanah yang baru yang dilantik di dalam Mesyuarat
Agung.
FASAL 16: TAFSIRAN
PERLEMBAGAAN
(1) Di antara
berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya
kepada Perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan
perkra-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini.
(2) Kecuali
perkara-perkara yang bertentangn atau tidak selaras dengan dasar yang telah
dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli
adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 17:
PENASIHAT / PENAUNG
Jawatankuasa boleh,
jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat /
Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan
persetujuannya secara bertulis dan jumlah perlantikan Penasihat pada
satu-satu masa tidak melebihi tiga (3) orang dan tempoh perlantikan
Penasihat adalah untuk dua (2) tahun sahaja.
FASAL 18: LARANGAN
(1) Permainan yang
disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan
Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam
Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua
permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung
semata-mata kepada nasib;
(2) Pertubuhan atau
ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga
mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di
dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan
Sekerja, 1959;
(3) Pertubuhan ini tidak
boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak,
atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa
kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;
(4) “Faedah” seperti yang
diterangkan di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, tidak boleh diberikan
oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
FASAL 19: PINDAAN
PERLEMBAGAAN
Perlembagaan ini atau
sebahagian daripadanya tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan
keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada
Perlembagaan hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari
dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu
dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan
itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 20:
UNDANG-UNDANG KECIL / PERATURAN
(1) Jawatankuasa
mempunyai kuasa untuk mengolah dan membuat undang-undang kecil yang
dipanggil Peraturan untuk memperkuat dan memantapkan pentadbiran,
pengelolaan dan pengurusan Pertubuhan. Peraturan-peraturan tersebut
hendaklah ditampal di atas papan notis Pertubuhan selama tidak kurang dari
Lima Belas (15) hari dari tarikh ianya diluluskan oleh Jawatankuasa;
(2) Peraturan-Peraturan
tersebut akan mengikat dan mempunyai efek ke atas setiap ahli Pertubuhan.
(3) Satu (1) salinan
Peraturan-Peraturan tersebut hendaklah dihantarkan kepada tiap-tiap ahli
melalui pos biasa.
FASAL 21:
PEMBUBARAN
(1) Pertubuhan ini boleh
dibubarkan secara sukarela – dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga
perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu Mesyuarat
Agung yang dipanggil khas kerananya.
(2) Sekiranya Pertubuhan
hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan
tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut Perlembagaan hendaklah dijelaskan
dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang
dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.
(3) Kenyataan bersabit
dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan
dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.
RASIONAL
Rekabentuk logo yang
dihasilkan secara keseluruhannya menvisualkan satu pergerakan dari pelbagai
arah yang sering bergabung serta terus bergerak melintasi satu halangan
dalam mencapai kecemerlangan yang global.
Ini dapat dikaitkan
dengan penubuhan persatuan AROBA ini di mana ianya menyatukan kembali
ahli-ahli yang lahir dari berbagai latarbelakang juga profession bersatu
untuk mewujudkan satu kelompok yang akan terus bergerak maju, inovatif dan
berwawasan.
Gabungan warna dan
bentuk yang ditonjolkan membawa maksud kepada satu masyarakat yang prihatin
dalam mempergiatkan segala aktiviti yang dijalankan dan mempastikan aspirasi
baru dicapai dengan penuh kecemerlangan.
Penampilan warna
merah mencerminkan keberanian, kegigihan, kematangan, kebanggaan dan aktif
serta inovatif dari aspek patriotism dan perlembagaan.
Wana kuning
mencerminkan
kelembutan dan tidak pernah lupa pada adat resam dan kebudayaan bangsa yang
berbilang kaum, disiplin, kecemerlangan, dan kemuliaan yang menyentuh
aspek-aspek keceriaan serta jati diri.
Warna biru tua
merealisasikan kekukuhan, keharmonian, perpaduan, keutuhan, dinamik dan satu
hati menyambut cabaran di era millennium dalam aspek tanggungjawab serta
dedikasi.
Ketiga-tiga warna ini
juga melambangkan tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India.